User: diarihijau |
Pencinta Wanita versi Kelantan Aku pecah perut dengar lagu nih... hahahaha... Tags: pencinta wanita versi kelantan minat kokre tino |
User: tekadmon |
Projek TEKAD Kelantan A snippet from Projek TEKAD Kelantan Tags: Projek TEKAD |
User: sweekuan1 |
UMNO 'Mat Rempit' in Kelantan State Assembly 'Mari lawan' became a reality in the Kelantan State Legislative Assembly yesterday, when State Assemblyman, Dato' Nozula Mat Diah (BN / UMNO-Paloh) attempted to kick Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) during Question and Answer Session in Kelantan State Assembly. The 2 minute-4 second video clip recorded the 'black day' of Kelantan State Assembly in the 50-year history of the nation. Source: http://harakahdaily.net/bm/ http://globalmediachannel.tv/ -------------------------------------- News in Bahasa Melayu Sidang DUN Kelantan tercemar, Nozula tendang Zaki Ibrahim! Nyza Ayob KOTA BHARU, 27 Nov (Hrkh)- Persidangan kali ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke empat Dewan Undangan Negeri Kelantan mencatat sejarah terburuk apabila Dato' Nozula Mat Diah(BN-Paloh) bertindak menendang Mohd Zaki Ibrahim(PAS- Kelaboran) sewaktu sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam. Kejadian memalukan itu berjaya dirakamkan selama hampir dua minit dan aksi biadapnya boleh ditonton oleh semua pihak di laman web yang sentiasa menyiarkan perkembangan secara langsung Sidang Dun Kelantan. Insiden bermula apabila Dato' Mohd Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia , Zulkifli Mamat terhadap soalan yang dikemukakannya mengenai perkembangan projek Afta City Rantau Panjang bahawa projek tersebut telah dibatalkan. "Permasalahan sekarang ialah kerajaan ingin memperbetulkan kenyataan bahawa ada exco yang hadir dalam perasmian tersebut. Kita ingin memperbetulkan kenyataan yang menyebabkan tuduhan daripada pihak YB (BN). "Kita tidak mahu YB yang dipilih,kutip bawa cerita tepi jalan dan bawa naik ke dewan. Adakah hendak perbetulkan ini salah, "kata Zulkifli yang diikuti ketukan di meja oleh beberapa Adun. Nozula tendang Zaki Kata-kata Zulkifli itu menimbulkan kemarahan Nozula yang bangun dan menyifatkan jawapan Zulkifli itu sebagai 'tidak cerdik' dan menganggap pihak kerajaan negeri menuduh pihak pembangkang bodoh dan tidak mempedulikan teguran speaker supaya beliau duduk. Keadaan menjadi semakin panas apabila Nozula mengambil serius kata-kata usikan daripada Zaki Ibrahim yang menimbulkan kemarahannya. "Bagi peluang aku keccek lepas ni,"kata Nozula dengan nada yang keras. Kata-kata Zaki supaya Adun Paloh itu meminta maaf kepada dewan dan meyatakan beliau bersikap kurang ajar menyebabkan Nozula bertindak diluar jangkaan. "Mu yang kurang ajar," katanya sambil bertindak menyerang Zaki. Tindakan Nozula itu cuba dihalang oleh beberapa Adun termasuk Saufi Deraman(BN-Galas) dan Abdul Halim Abdul Rahman(PAS- Chetok) yang berada bersebelahan Zaki. Walaupun dihalang Nozula sempat melepaskan tendangan terhadap Zaki. Suasana dewan menjadi sedikit kecoh dan terpaksa ditenangkan oleh Speaker. Sebelum ini, pada persidangan Dun 21 November, Nozula digantung sementara daripada menyertai persidangan pada hari tersebut yang mana Speaker menggunakan peraturan 51(3) bagi menggantung anggota Dewan Negeri yang enggan mematuhi arahan dan melakukan tindakan melampau-lampau semasa permesyuaratan berlangsung. More news: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/sidang-dun-kelantan-tercemar-nozula-tendang-zaki-ibrahim.html http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/27/nation/19585197&sec=nation Tags: Kelantan State Assembly UMNO Nozula Mat Diah PAS Mohd Zaki Ibrahim Physical Attack |
User: BukanLaguSetuju |
Kelantan dan Exco Wanita Kelantan, Kedah mempunyai anggota Exco wanita Wan Aziz Mahmud Thu | Mar 13, 08 | 5:33:26 pm MYT KOTA BHARU, 13 Mac (Hrkh) -- Kini tidak lagi kedengaran PAS menyinsihkan golongan wanita. Sedangkan sebelum pilihan raya umum 2004, isu itu dijaja pemimpin Umno di seluruh negara. Kecaknaan PAS kepada wanita lebih ketara lagi apabila dua Adun yang menang pada pilihan raya umum lalu dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri iaitu di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, Siti Aishah Ghazali yang menangi di Dun Merbau Pulas dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan. Di Kelantan biar pun PAS sudah menguasai kerajaan negeri hampir 18 tahun lalu, kini wakil rakyat wanita turut disenaraikan sebagai anggota Exco selepas PAS dan KeADIlan menang besar pada pilihan raya 8 Mac lalu. Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Beliau salah seorang daripada tiga anggota Exco baru Kelantan bagi penggal ke-12. Ketika ditemui Wan Ubaidah tidak mahu mengecewakan harapan yang diberikan rakyat dan berusaha melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. "Saya bersyukur kerana muslimat diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Saya cukup terharu. "InsyaAllah saya akan menggunakan peluang ini untuk mewakili kaum wanita bukan sahaja ahli PAS tetapi juga seluruh wanita Kelantan," katanya di sini. Malam kelmarin beliau bersama 10 lagi anggota Exco serta Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah dan lafaz taat setia di hadapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Negeri. Dua lagi anggota Exco baru iaitu Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Mohd Fadzli Hassan. Mereka menggantikan Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Zulkifli Mamat dan Ustaz Hassan Mohamood yang tidak dilantik semula. Wan Ubaidah, 52 lebih mesra dengan panggilan 'Kak Ubai' di kalangan rakan-rakan dan penyokong PAS bukan tokoh asing di negeri ini. Di peringkat PAS Pusat beliau merupakan Bendahari Dewan Muslimat manakala di peringkat kawasan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa. Selain itu beliau juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan. Berkelulusan B Sc. Finance dari Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat dan MBA dari universiti sama. Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Akademik Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Pernah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama dua penggal. Pada pilihan raya umum lalu, Wan Ubaidah memenangi kerusi Dun Kijang tanpa bertanding setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuashati dengan bantahan dikemukakan PAS terhadap calon BN, Mustapha Ahmed berhubung kes muflis. - http://www.harakahdaily.net Tags: pilihanraya pak lah umno pas kelantan exco wanita |
User: aril125zr |
Orang Arab cakap kelantan Orang Arab cakap kelantan Tags: Orang Arab cakap kelantan |
User: malaysiakini |
Husam: PAS masih pegang Kelantan, Naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin PAS akan terus memerintah Kelantan dan menjangkakan parti itu boleh menang lebih 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum 8 Mac ini. Wartawan: Fathi Jurukamera dan Suntingan: Mohd Kamal Ishak Tags: Malaysian General Election 2008 Kelantan |
User: slimiz29 |
Badang Kelantan Version Badang Kelantan Version Tags: Badang Kelantan Version |
User: wtv8tv |
Siapa kata Kelantan mundur ? Kelantan membangun bersama Islam Tags: wtv8 |
User: malaysianews |
Isu Orang Utan & Kelantan Boleh Blah! Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia -- Nik Aziz http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12502&Itemid=96 KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) -- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan sekali sekala wajar digunakan perkataan yang agak keras bagi menyedarkan manusia. "Maka orang yang tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan. "Saya tidak guna perkataan political animal tetapi masih menggunakan perkataan orang. Tidak guna istilah animal (binatang) hanya sekadar saya sebut orang utan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Baru-baru ini ketika bercakap kepada pemberita di Kedah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang. Menteri Besar berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi membolehkan kawan-kawan dalam Umno berfikir mengenainya dan jangan mudah cepat melatah. "Ini kerana sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya kita rotan. "Saya sudah nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan," ujarnya. Beliau mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia berdegil enggan mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala. "Memanglah saya ada menyebut mengenai perkara itu. Bagi menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat langit, buat udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia. "Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri kepadaNya. Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan," tambah beliau. Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian sebenar. "Sekali sekala perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah Taala dalam al Quran menyebut al an' aam' yang bermaksud binatang. "Allah sebut orang yang menolak al Quran macam binatang. Saya hanya sekadar sebut orang utan. Masih berlapik lagi menggunakan istilah orang," katanya. Bekas pensyarah kanan di fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad Daud berkata, tidak menjadi kesalahan apabila digunakan perkataan orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi peraturan agama. Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang Badwi yang tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang bertamadun. Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk kumpulan manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala. - mj Tags: Boleh Blah Isu Orang Utan Kelantan Macam |
User: webtv8 |
Pembangunan Kelantan - I witness Membangun Bersama Islam Tags: wtv8 |
User: shahdmc |
Kelab Kenari Kelantan (DMC) Kelab Kenari Kelantan (DMC) Tags: Kelab Kenari Kelantan daihatsu move |
User: SalamPantaiTimur |
Wayang Kulit Kelantan - Eteng Nak Jual Tanah more wayang kulit kulit at http://salampantaitimur.com Tags: wayangkulit wayang kulit kelantan salampantaitimur kelate eteng wakyoh said samad |
User: kelateku |
100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. 17 tahun bukan waktu yang pendek 17 tahun juga bukan waktu yang panjang Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta Bukti kewibawaan Islam agama memerintah Mentadbir dan membangun negara 17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita Di Kelantan kadar jenayah paling rendah Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga Di Kelantan bermulanya -- Takaful Kifalah 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik 3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta Nak senang sementara di dunia bukan tujuan. Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga Bagi mereka akhirat adalah nyata 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat 18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa Dia seorang yang warak dan zuhud Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah Itulah Menteri Besar Kelantan Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol, nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah dan harga nikah pun masih murah 100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia. Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan Belajarlah daripada Tok Guru Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka Bebaskan minda, bebaskan minda! Tags: Salam Pantai Timur |
User: kelateku |
Solat Hajat untuk Kerajaan PAS Kelantan Kelantan, hadiah persaraan Tan Sri Rashid kepada BN? Mohd Rashidi Hassan Apakah Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung sekarang ini akan menyaksikan kejutan besar dengan kemenangan besar Barisan Nasional akibat penipuan yang dilakukan, hasil usahasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman? Untuk rekod, Parlimen beberapa bulan lepas baru sahaja meluluskan had persaraan umur kakitangan kerajaan termasuk badan yang dikuasai kerajaan, sekaligus BN menyambung khidmat Rashid di SPR. Sumber yang boleh dipercayai mendakwa, Rashid ada memberitahu rakan-rakan rapatnya di SPR bahawa beliau yakin kali ini BN akan menang dengan kelebihan tiga atau empat kerusi iaitu sekitar 26 kerusi dari keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Spekulasi ini dikuatkan dengan perancangan jahat BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberitahu juak-juaknya bahawa beliau akan 'membuat apa sahaja' untuk memastikan BN menguasai Kelantan. Usaha ini dilakukan dengan begitu agresif walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, semata-mata untuk menyelamatkan maruah bapa mertuanya yang semakin tercalar. Dengan angkuh dan bongkaknya juak-juak Khairy memberitahu wartawan dalam dan luar negeri bahawa kali ini mereka akan 'menawan' Kelantan. Hakikat sebenarnya, Khairy mahu membuktikan kepada penentangnya, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa di zaman Mahathir Kelantan terlepas, di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kelantan dikembalikan kepada BN. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12840&Itemid=28 http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3582/84/ Tags: Salam Pantai Timur |
User: krissakti07 |
NIK AZIZ'S HOUSE - Pulau Melaka Kelantan NIK AZIZ VS ABDULLAH BADAWI (UMNO) -Aku cari bukan harta bertimbun2...aku cari mana dia al-Ghazali - DAMAI ABADI. Tags: malaysiakini malaysianews PAS mahathir anwar reformasi pakatan rakyat hindraf Barisan pak lah khairy nik aziz |
User: razakuct |
Pecinta Wanita Ver Kelantan 2 lawak lawak lawak...daripada korang tgk video yang hina lagu negaraku baik ko tgk video ini... Tags: lawak pecinta wanita smkbk bukitkatil mpv rempit bogel pencintawanita smkbukitkatil |
User: algwarrior |
Gayong Kelantan 2 Akademi Latihan Gayong Tags: Akademi Latihan Gayong gayong kelantan alg pssgm training academy |
User: kelateku |
Pengumuman Calon PAS Kelantan Pengumuman dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan stadium Sultan Mohammad ke-4. Tags: Kelantan Pilihanraya 2008 |
User: kugiranjalanan |
Kelab Penyokong PAS Kelantan Alex Ong salah seorang daripada ahli Kelab Penyokong PAS Kelantan yang juga merupakan aktivis buruh asing. Tags: Politik |
User: abdullahyoong |
Doa dan Munajat Rakyat Kelantan Solat Hajat,Munajat,Tazkirah Subuh bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu. Ya Allah, selamatkan Malaysia daripada penindasan, kezaliman, korupsi, bala Barisan Nasional (Barang Naik), Selamatkan Kelantan Darul Naim, berilah petunjuk kepada semua rakyat malaysia untuk mengundi dengan bijak, timbangan iman, dan bukannya terpesona dengan tipu daya BN. Ameen, ya Robbal 'Alamin. www.bahankempen.com negara-kebajikan.blogspot.com Tags: pas makmur ba maju bn barang naik umno korupsi rasuah lingam berkebajikan manifesto kelantan doa solat hajat tgna tghh |
User: sulyer |
Ustaz Akil Hayy - Konsert di Kelantan Pt. 3 ceramah muhasabah diri Tags: ustaz akil hayy ceramah konsert kelantan |
User: phloxpoppy |
Munajat Rakyat Kelantan PRU12 Munajat rakyat kelantan menjelang pilihanraya ke 12.. Tags: pilihanraya munajat rakyat kelantan pru12 |
User: promahathir |
Tun Mahathir Current Issues Dialogue at Kelantan Part 6a Tun Mahathir Current Issues Dialogue at Hotel Perdana, Kelantan 28th July 2006 Tags: Tun Mahathir Current Issues Dialogue Kelantan Malaysia |
User: wakarimastaq |
DUN Kelantan 26/11/07: Pertengkaran YB Paloh & YB Kelaboran DUN Kelantan 26/11/07: Pertengkaran YB Paloh & YB Kelaboran Tags: kelantan |
User: elmariachi109 |
Munajat Tok Guru bersama rakyat kelantan Sekitar munajat tok guru bersama rakyat kelantan 2 Mac 2008 Tags: munajat |