User: CintaAgung |
Perasmian dan Pelancaran Perasmian dan Pelancaran Tags: Perasmian dan Pelancaran |
User: CintaAgung |
Meningati mati itu dikalangan orang yg cerdik Cemas Menunggu Kematian Aku penuh debar dan sungguh cemas menunggu hari kematian Kerana dia datang tanpa kuketahui Aku takut di waktu ketibaan kematian Aku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kederhakaan Di dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaian Di waktu taat, husnul khatimahlah Jika di waktu derhaka, su'ul khatimah Aduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati mati Kerana aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah atau su'ul khatimah Hatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahu Aduh, mati adalah penutup segala-galanya Apa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hati itulah yang dibawa Akhirat Di sana segala-galanya dinilai Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi Tuhan! Hatiku sungguh cemas Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu Atau di waktu mengingati-Mu Kalau berlaku sebaliknya, kerana kelemahanku Kerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat elak daripada kelemahan ini Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku di waktu ini Bila dosaku engkau ampunkan Aku macam tidak membuat dosa Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana Itulah harapanku pada-Mu Tuhan Di waktu detik kematianku Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkanku Menjelang Maghrib 4.12.99 *Untuk tempahan sms ke : 0194125183 Tags: Tidak ada kejadian lain segerun kematian |
User: CintaAgung |
Roti Ikhwan Menjadi Bangsa Yang Maju Dan Membangun Kita orang Melayu khususnya mahu maju amnya umat Islam pun begitu, Para pemimpin besar dan kecil bercakap merangsang memberi semangat ke arah itu Tapi secara umum rakyat dan pemimpin sikapnya tidak begitu, Adakalanya sikap kita double standard, Tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan, Begitu juga dasar setengah-setengah hal di satu sudut hendak membanteras gejala masyarakat, Di satu sudut yang lain menggalakkan Yang lebih malang lagi tabiat orang Melayu atau orang Islam, Yang negatif tidak berubah ini menjadi penghalang kepada kemajuan, Di antaranya dasar masyarakat melahirkan budaya lepak, Samada disedari atau tidak, Pergaulan bebas, menjadikan muda-mudi jiwanya rosak Apabila jiwa mereka rosak, terlibat dengan dadah, pergaduhan, rokok, zina, rogol, vandalism, curi, membuang masa sia-sia Perangai-perangai ini menghalang kemajuan atau melambatkan kemajuan Di samping memecahbelahkan perpaduan Tabiat hasad dengki pula ada yang hendak maju, ada yang hendak meruntuhkan atau menghalang Setengahnya yang ada kuasa, menyalah gunakan kuasa Ada orang tidak ada daya dan semangat maju dibantu akhirnya gagal maju, Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tidak dibantu Bahkan disekat tidak boleh maju Berlakunya begini kerana sikap orang kita nawaitunya tidak sama Ada yang berslogan maju bertujuan politik bukan dari hatinya Ada yang berkuasa memilih-milih orang memberi bantuan Kerana kroninya untuk ambil hatinya, yang tidak dibantu adalah musuhnya Yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya, Ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri Tapi tidak ada golongan yang pandai mengubati Agar kemajuan tidak terhalang menuju sasarannya Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan senang Memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu susah Kemajuan di semua bidang ada hubungan dengan pembangunan insan Berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya dan sikapnya kemajuan mudah dibangunkan Membangun material rupanya ada hubungan dengan membangun insan Membangunkan insaniah itulah yang tidak ada orang yang boleh melakukan Kecuali dia orang Tuhan yang mampu melakukan Fikirkanlah membangunkan insaniah lebih dahulu Membangunkan material mudah dibangunkan 22.5.2004 Waktu Dhuha Tags: Promosi |
User: CintaAgung |
Terbilang ***Video lama nanti ada baru Perpaduan Dan Kasih Sayang Sudah Punah Alangkah sayunya hatiku Melihatkan bangsaku, kasih sayangnya telah musnah Perpaduan mereka sudah punah Politik telah pecah-belahkan umat Bahkan berlaku di kalangan keluarga dan sanak saudara tidak bertegur sapa Ada orang yang cuba menautkan semula kasih sayang yang sudah hilang Cuba mempersatukan semula perpaduan yang telah renggang, Caranya bertambah renggang, jauh api dari panggang, kasih sayang bertambah gersang Tukang usaha wibawanya tidak ada, caranya tidak kena Kerana itu hasilnya masih terlalu jauh daripada yang diharapkan Mereka ingin bersatu tapi membawa orang kepada faham politiknya Mana orang mahu Ada usaha malangnya hanya menggunakan akal semata-mata Tuhan tidak dibawa bersama Tuhan tidak diambil kira Seolah-olah Tuhan tidak ada peranan di dalam kehidupan ini Padahal anak kuncinya kasih sayang dan perpaduan adalah cintakan Tuhan Cintakan Tuhan berlakulah kasih sayang sesama manusia Tuhan datangkanlah penyelamat dengan segera Agar dia boleh mempersatukan semula bangsa dan manusia Semoga hidup berkasih sayang, bahagia, harmoni berbunga semula 5.4.2003 -- 3 Menjelang tidur Tags: Pendidikan rapat dengan rohaniah |
User: CintaAgung |
Sahabat TV9 - Terbilang Remaja Utara Tags: advice community video blog wisdom |
User: CintaAgung |
Manfush Bala Yang Dahsyat Bila Ditarik Iman Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba Bukan ditimpa bencana alam Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang Bukan juga ditohmah dan difitnah Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal Keyakinan yang kental kembali longgar Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai Ibadah yang selama ini istiqamah Sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya Halal haram sudah tidak diambil kira Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung Pintu hatinya ditutup rapat-rapat Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula Setelah mendapat iman dibuang pula Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman Lepas Asar 27.9.99 Tags: Dunia kusut dengan dosa |
User: CintaAgung |
Full Sitkom_Mencari Kebenaran hmmm Tags: mencari menunggu ... |
User: CintaAgung |
Everywomen [Al - Jazeera] The second case,in involved Siti Fatimah/Revathi, 29, who was born to Indian parents who had converted to Islam. Despite being registered as a Muslim, she was nevertheless brought up as a Hindu by her grandmother. "She sees herself as a Hindu and declared herself as one on March 21, 2001, through a statutory declaration. "She changed her name to Revathi Masoosai," said Bukit Mertajam MP and DAP Wanita Chief Chong Eng. She eventually married and gave birth to a daughter in Malacca on Dec 19, 2005. Two days later, three men and a woman who introduced themselves as officials from Malacca Islamic Religious Department came to ask her to hand over her daughter to them. She refused. In January, Revathi was taken into custody and taken to Pusat Pemulihan Akidah in Ulu Yam, Selangor, for rehabilitation for 100 days and was expected to be discharged by April 18, following a Syariah Court directive. In the meantime, Siti Fatimah/Revathi's 15-month-old daughter was taken away by the department, a policeman, a lawyer and Siti Fatimah/Revathi's mother. Chong said she hoped the authorities would not resort to breaking up the family and urged them to reunite the family and find a more humane solution to the problem. A memorandum on the matter was later submitted to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. ada beberapa topik yg dibincangkan tapi yg aku tengok cuma part siti fatimah tu je. Siti fatimah ni dilahirkan dalam keluarga india muslim. tapi kahwin dengan india hindu. ditunjukkan gambar perkahwinan style hindu diaorg. Kemudian dapat anak dan masa pendaftaran anak tu yg timbul keraguan, sebab di ic nama melayu tapi suami india. ditunjukkan juga luahan hati suami india siti fatimah ni. ada juga ditunjukkan pendapat mak siti fatimah ni yg Islam bersama anak siti fatimah. kemudian ditunjukkan rakaman pertemuan suami siti fatimah dan siti fatimah di pagar pusat pemulihan ulu yam. ada mikrofon tersorok dalam badan so boleh dengar perbualan. kesian pulak kat siti fatimah masa ni. kemudian ada perbincangan antara seorang peguam ke apa yg bekerja di UIA dan zainah anwar dari SIS. ok juga apa yg peguam ni kata, dia kata siti fatimah ni dibesarkan dalam keluarga Islam sebenarnya, dan kena tunggu apa yg mahkamah syariah putuskan nanti. aku tengok macam kurang bernas sikit cakap peguam ni.. tapi boleh faham la apa yg disampaikan. zainah anwar tak banyak cakap. baru aku tau ni rupanya zainah anwar ni. komen aku: bagus juga tengok torrent ni, at least kita tahu isu semasa yg tak keluar di suratkhabar atau pun tv tempatan yg lain. Tags: mcm la ko ulama |
User: CintaAgung |
Full Sitkom_Mat Rempit ringan² je .... layan ye Tags: Drama warung |
User: CintaAgung |
Gerakan Wahabi : Sejarah Dan Implikasi Ke Atas Masyarakat Sejarah Dan Implikasi Ke Atas Masyarakat Tags: WAhabi |
User: CintaAgung |
Jauhi dadah dekat pada Tuhan Macam-Macam Mabuk Macam-macam mabuk berlaku di dunia Ramai manusia yang tidak lepas darinya Semuanya meruntuhkan fikiran dan jiwa manusia Apabila mabuk itu menimpa manusia Manusia lupa di dalam kesedarannya Di waktu itu tiada ibu bapa walaupun ada Tiada keluarga, tiada saudara, tiada teman seia sekata Ada mabuk harta, ada mabuk nama, ada mabuk takhta Tidak kurang yang mabuk dadah, mabuk arak, mabuk betina Tapi malangnya yang ditakuti hanya mabuk dadah sahaja Apabila manusia itu mabuk dengan bermacam-macam tadi Agama tinggal sebutan Iman dan Islam setakat slogan Islam setakat forum-forum dan syarahan-syarahan Di waktu itu manusia membuat gejala-gejala masyarakat berbagai-bagai bentuknya Untuk menghukum manusia yang sudah ramai mabuk-mabuk Moga-moga mereka sedar di atas kesalahan yang telah dilakukan Agar segala bentuk yang memabukkan itu ditinggalkan Dan semua orang kembali kepada Tuhan Selepas Asar 19.5.97 (11 Muharram 1418) Tags: Mabuk Yang Tidak Bahaya |
User: CintaAgung |
Kasih Sayang Menghiburkan KASIH SAYANG ADALAH HIBURAN Kasih sayang adalah hiburan Hiburan semua orang memerlukan Kalau tidak ada kasih sayang Hiburan yang utama sudah hilang Selain berkasih sayang Hiburan yang lain hanya sampingan Hiburan yang hakiki adalah kasih sayang Kalau kasih sayang sudah hilang Sudah tidak dimiliki oleh manusia Sedangkan fitrah manusia hendakkan hiburan Kalau hiburan yang utama sudah hilang Orang akan cari hiburan penggantinya Orang akan berhibur dengan dadah Orang akan berhibur dengan berlepak-lepak Orang akan berhibur dengan benda yang salah Orang akan berhibur dengan membuat jahat Untuk mengisi kekosongan yang sudah hilang Untuk menghiburkan hati yang resah gelisah Kerana itulah gejala masyarakat bertambah-tambah dan menjad-jadi Kerana hiburan utama sudah hilang iaitu kasih sayang Gejala masyarakat berleluasa disebabkan oleh kita Kerana kita sudah tiada kasih sayang Tags: Cara Islam membawa Kasih Sayang |
User: CintaAgung |
Thank You God Thank You My God Thank You my God, I thank you my God For giving me Your bountious blessings Allowing me to worship You my God You are Most Gracious and Most Merciful Enabling me to talk to You oh God Allowing me to seek from You To praise and worship You With all my heart and soul Allowing me to appeal to You, oh God But when I face You, my heart is restless Should I fail, to be well mannered with You And I start to worry, Am I deceitful, In my worship to You It's not Your blessing that I will get But it's Your wrath, that I will receive Ya Rabbal Alamin Please forgive me.... Tags: Love God |
User: CintaAgung |
Peranan Sembahyang itu Besar Bersidanglah ribuan para ilmuwan dan cerdik pandai Islam dari semua negara2 OIC serta dari negara2 maju lain. Bersidanglah dan berdiskusilah hingga nampak jelas mana yang paling hebat berhujah, paling bernas ideanya untuk memajukan umat Islam seluruh dunia, mengeluarkan umat Islam dari sangkar kemiskinan dan penjajahan, dari pemerintah yang menekan. Tidak akan selesai masalah umat Islam, jika perkara paling asas iaitu SEMBAHYANG tidak diambil perhatian. Senjata untuk menjadikan umat Islam mencapai kemenangan di dunia zahir yg sempit ini adalah BAIKI DIRI, SEMBAHYANG AWAL WAKTU, DAN BERJEMAAH kerana berjemaah itu hukumnya WAJIB. Hakikatnya, kini...kehadiran hati dan Roh sembahyang sudah pupus dari hati2 umat. Roh Al Quran dan sunnah sudah tinggal kenangan. Rasulullah SAW sudah mengingatkan dalam hadis2 bahawa kekhusyukan umat dalam solat akan pupus pada akhir zaman. Umat Islam yg sedar perkara ini pun tidak berapa serius untuk mengembalikan roh solat itu pada diri masing2. Sembahyang dilakukan dengan penuh malas,, kadang2 penuh benci....malah begitu ramai yg terus meninggalkannya. Bagi yg bersolat,sembahyang sekarang hanya sekadar ungkapan-ungkapan yang fungsinya sudah tinggal kenangan.. APAKAH ITU SEMBAHYANG? Sembahyang itu simbol kerinduan, kecintaan, kemahabaikan, tanggungjawab dan belas kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya. Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu... sifat TAQWA Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan seluruh isi bumi dan langit... bacaan penuh : http://heliconia.wordpress.com/mikraj-solat/ Tags: Hambakah Kita? |
User: CintaAgung |
Love N Care IMPORTANCE OF UNITY AMONG MANKIND It is a natural instinct for man regardless of his tribe or race to love,to mingle around among friends and loved ones and to be part of society on the whole. Among the reasons are as follows: a. Someone who lives by himself will only feel lonely and the emptiness. A conversation with another person will, to a certain extent, help fill the mind and heart and gives a short term happiness. b. No one is capable to fulfill his basic needs in life like food, drinks, clothing and shelter all by himself. He needs help and assistance from others directly or indirectly. c. Nobody is free from the various trials and tribulations in life e.g. suffering from illness, living in poverty, suffering from natural disasters and death. As such, it is an impossibility for one to solve and alleviate these problems alone. d. It is not possible to avoid enmity with others. To help fight against the evils of their enemies, mankind require assisstance. They need help from friends and allies. e. Opposite sexes attract each other, this is a natural instinct. When there is a mutual feeling and needs arises, this will lead to a bond in marriage. There arises a union of two families. f. It is the nature of mankind to develop and advance themselves. This brings about the relationship between employers and employees. Employers are dependent on their employees and vice versa. g. It is the natural tendency of mankind to desire knowledge. Hence the need to look for teachers. Those with knowledge naturally want to disseminate their knowledge to others who are seeking. So there arises a need for one another in a teacher-student relationship. h. It is also a natural instinct for those with leadership capabilities having the desire to become leaders. The ignorant and the weak need the protection with the help from these capable leaders. There arises a need for each other in a leader-follower relationship. With the phenomenon listed above, we can conclude that to live in this world we need one another, we need each other's support, help and cooperation. Like it or not, this the rule of life. If his natural desire does not urge him to do so, the situation in life will force him to need others. written by Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi - Executive Chairman of Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd Tags: The key for mankind |
User: CintaAgung |
Rojak Kerohanian TIGA SERANGKAI ILMU Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : 1. Usuluddin (aqidah) 2. Feqah (syariat) 3. Tasawuf (akhlak) Dalam pengamalannya setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amalinya. Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada 3 serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lain-lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah sahaja atau berusuluddin sahaja atau berakhlak sahaja, tentu akan merosakkan keislaman seseorang. Jadi 3 serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisah-pisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kafir tanpa sedar. Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yg menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah foundationnya. Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah tersebut tidak dapat ditegakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada atau tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu dalam ajaran Islam : 1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam 2. Syariat dan tasawuf ialah furu'dan cabang-cabangnya. Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai disisi Allah kalau aqidah atau usuluddin telah rosak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin adalah yang terkandung di dalam rukun iman yang meliputi 6 perkara tersebut. Maka ilmu usuluddin yg menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yg mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini adalah fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf . Jatuh berdosa besar bagi orang yg tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secar tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini. Ilmu usuluddin yg berkait dengan ALLAH dan sifat-sifatNya kalau tidak dipelajari paling mudah untuk menyebabkan jatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bag setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain. Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut (terjemahannya) : Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Oleh itu ilmu usuluddin ini tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yg mantap dan teguh dihati. Tanpa dicelahi oleh syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh syak, zan dan waham atau salah satu darinya maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak ada apa-apa disisi Allah. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yg dipersembahkan pada Allahs ekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula kemuka pengamalnya. Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya. Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan dari akar tunjangnya yg kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga yg cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak lagi sedap rasanya. Sehingga mejadikan kepingin semua makhluk terutama manusia utk mendekatinya dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya. Begitulah juga bagi mereka yg akidahnya baik tentulah syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum hakam yg lima yakni yg wajib dan sunat dapat ditegakkan, yg haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang, hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat. Alhasil kalau sudah ramai yg aqidahnya tepat dan kuat maka akan lahirlah Negara yg aman dan makmur yg mendapat keampunan Allah. Tags: Hati Akal Nafsu dan Fizikal |
User: CintaAgung |
Sembahyang mikraj pembakar Mazmumah video 2 Jadi, para pengasas Budha, Hindu, Konfusius mungkin, adalah nabi. Tetapi apabila mereka mati, oleh kerana para pengikut sayang dengan mereka, maka orang ramai membuat kesilapan dengan menuhankan mereka. Oleh kerana itulah, kalau kita membaca tentang agama Budha, Hindu terdapat ajaran-ajaran di dalamnya, terutama mengenai akhirat sama dengan ajaran Tuhan. Oleh kerana mereka di 'tuhan'kan, sedangkan Tuhan mesti disembah dan dibesarkan, maka cara menyembah 'Tuhan' itu direka-reka. Timbullah penyembahan dan ibadah dari mereka. Walaupun asalnya mungkin peribadi itu nabi. Ajarannya itu sesuai dengan ajaran Tuhan, tetapi orang yang kemudian menuhankan mereka. Maka, cara mana mahu membesarkan, mengagungkan dan menyembah mereka, itulah yang direka-reka. Akhirnya, lahirlah penyembahan yang sesat. Padahal sumber agama itu tidak sesat. Mungkin dia nabi. Agama Animisme itu pula lahir daripada rasa berTuhan. Ibadahnya langsung tidak bersumberkan apa-apa. Animisme ini banyak dibuat oleh orang-orang asli. Jadi, daripada rasa berTuhan itu, lahirlah keinginan mahu membesarkan Tuhan, mahu Tuhan itu disembah, maka cara membesarkan dan menyembah 'Tuhan' itu direka-reka. Agama jenis ini lebih mengarut dan lebih sesat lagi. Kedatangan Rasulullah saw adalah Rasul yang terakhir, yang membawa agama Tuhan yang paling sempurna dan paling global. Agama untuk semua etnik, semua kaum dan semua bangsa. Walapun begitu, apabila zaman sudah jauh, masa sudah beredar, keadaan sudah berubah, maka agama yang sudah ditinggalkan Rasulullah saw pada umatnya 1500 tahun dahulu, mungkin agama ini sudah cacat. Dicacatkan oleh cinta dunia, dicacatkan oleh kejahilan, dicacatkan oleh setengah faham, setengah tidak faham, dicacatkan oleh mazhab yang datang kemudian. Maka kalau kita kategorikan umat Islam hari ini, entah berapa banyak kategori. Oleh kerana Islam sudah jauh dari Rasulullah saw, maka boleh disebut begini: 1. Atas dasar keturunan. Ada yang mengaku Islam atas dasar keturunan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu sama ada dia Islam atau tidak. 2. Islam akidah sahaja. Golongan ini, hanya tinggal akidahnya sahaja Islam. Akidahnya betul, mengenal Tuhan betul tetapi tidak ada syariat lagi, sehingga sembahyang pun tidak dilaksanakan. Dia masih orang Islam, tetapi masuk neraka lama sangat. 3. Orang Islam yang zalim atau fasik Akidahnya betul, mengenal Tuhan pun betul. Tetapi syariat yang diambil hanya bidang ibadah sahaja. Bidang-bidang lain seperti ekonomi, pendidikan, perhubungan, semuanya tidak mengikut syariat. Bab nikah kahwin tidak mengikut syariat. Tinggal ibadah saja. Kategori ini termasuk orang zalim atau fasik. 4. Golongan yang fasik tetapi tipis. Umat Islam yang akidahnya betul. Manakala syariatnya, disamping ibadah berlaku juga syariat dalam kehidupan. Tetapi tidak memikirkan apakah syariat itu dibuat dalam keadaan ria', sombong & hal-hal rohani yang penting secara lahir yang dilakukannya. Soal makan minum, pergaulan, sembahyang, puasa dia jaga, tanpa memikirkan riak ke?, kerana Tuhan ke?, kerana orang ke?. Ini termasuk orang-orang yang fasik, tetapi tidak setebal fasik tadi (kategori 3). 5. Kategori orang soleh Orang Islam yang akidahnya betul dan menjalankan syariat, sama ada dibidang ibadah mahu pun dalam bidang kehidupan. Cuma dia khusyu', rasa takutkan Tuhan di waktu ibadah saja. Di luar sembahyang, di luar ibadah, tidak ada rasa takut, tidak rasa bertuhan. Kita anggap mereka orang soleh, tetapi bertaqwa belum. 6. Kategori orang bertaqwa Orang yang dapat menghayati Tuhan waktu ibadah, takut dengan Tuhan di dalam dan luar ibadah. Tetapi dalam pada itu, ada lalainya, ada ketika lupa dengan Tuhan, sekali sekala dalam kehidupan dia lalai dengan Tuhan. Itu orang bertaqwa. 7. Kategori Siddiqin Lahir dan batinnya dengan Tuhan. Sama ada dalam keadaan ibadah atau tidak ibadah, hatinya sentiasa dengan Tuhan. Lahir dan batin sama. Lahir menggambarkan batin dan batin menggambarkan lahir. Itu orang yang siddiqin. Mereka terdiri daripada kalangan Rasul-rasul, Nabi-nabi atau wali-wali besar. Jadi, ilmu yang kita perkatakan ini untuk kita ketahui supaya kita faham mengapa adanya agama-agama yang sesat. Sebab fitrah semula jadi manusia itu rasa berTuhan. Kalau cacat pun, dia beragama. Sebab rasa berTuhan itu memang wujud. Jadi setelah kita mendengar kuliah tadi, kalau kita sebagai umat Islam yang sudah ditinggalkan jauh oleh Rasulullah saw, agak-agak kita di kategori mana? Nak dapat kategori taqwa susah, paling baik orang soleh saja, kebanyakan fasik, zalim. Nak pergi kepada kategori orang soleh dah susah. Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd Tags: Teknologi untuk berhubung dgn Tuhan |
User: CintaAgung |
Sembahyang mikraj pembakar Mazmumah KATEGORI MANUSIA BERAGAMA Di antara nikmat yang pertama Tuhan anugerahkan kepada manusia, iaitu manusia diciptakan oleh Tuhan. Tetapi nikmat itu belum tentu menjadi rahmat, kerana nikmat dan rahmat ada perbezaan. Apabila disebut rahmat, ertinya termasuk nikmat. Tetapi apabila disebut nikmat, tidak semestinya bersama rahmat. Kita kena faham perkara ini. Nikmat yang kedua daripada Tuhan setelah diciptakan manusia, iaitu rasa ber Tuhan. Rasa berTuhan merupakan nikmat kedua, belum tentu menjadi rahmat, sekadar nikmat saja. Dari sinilah manusia mudah beragama, cuma agama tu benar atau tidak. Jadi rasa berTuhan itu fitrah. Manusia tidak boleh membohongi diri mereka sendiri. Kalau kita persoalkan, terdapat manusia yang tidak mempercayai Tuhan terutama orang yang berfahaman komunis, itu bohong. Dia marah dengan orang beragama, sebab orang beragama ada yang berbohong, menipu, merompak, membunuh samada agama yang hak atau yang sesat. Lantas mereka mengatakan Tuhan tidak ada. Sebenarnya tidak, mereka berkata begitu kerana marah dan sakit hati dengan orang yang beragama. Rasa berTuhan itu fitrah, nikmat kedua daripada Tuhan. Tetapi nikmat itu tidak semestinya menjadi rahmat. Daripada rasa berTuhan ini, lahirlah agama, setidak-tidaknya 3 kategori agama: 1. Agama dari Tuhan. Agama dari langit (dari Tuhan), agama yang diwahyukan daripada Tuhan dengan kedatangan Rasul-Rasul atau Nabi-Nabi. 2. Agama yang telah dirosakkan. Asalnya agama dari langit, tetapi dalam jangka masa yang panjang agama tadi telah dirosakkan oleh penganut-penganutnya sendiri seperti agama Yahudi, Nasrani dan lain-lain. 3. Agama Animisme. Ini berlaku kepada orang yang duduk di gunung-gunung, hulu-hulu yang tidak bercampur dengan orang lain. Contohnya orang asli. Oleh kerana rasa ber Tuhan itu wujud maka, mereka beragama mengikut rasa, mereka-reka agama tidak bersumberkan wahyu. Agama yang rosak tadi, asalnya agama wahyu dari Tuhan yang disampaikan kepada Rasul-rasul, Nabi-nabi, tetapi dirosakkan oleh ulama-ulamanya dan parapengikut yang datang kemudian. Sebagai orang berjuang, saya akan memberi ilmu, kerana kita berhadapan dengan manusia yang beragama bukan Islam atau orang yang tidak beragama. Sebenarnya, agama yang asalnya dari langit yang dibawa oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi, itu benar. Tetapi dirosakkan oleh ulama-ulama atau para pengikutnya yang datang kemudian. Sama ada dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak sebut yang disengajakan, kerana hal itu memang dirancang, dibuat. Saya mahu memperkatakan, yang tidak disengajakan. Nabi-nabi banyak diutus oleh Tuhan. Ada riwayat yang mengatakan bilangan nabi-nabi seramai 124 ribu (124000). Sedangkan agama yang Tuhan turunkan kepada mereka, untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tetapi tidak salah untuk disampaikan kepada orang lain dan tidak salah pula, orang lain mengikutnya. Jadi, Nabi-nabi ini, tidak mengembangkan agama pada orang lain sebab tidak wajib bagi mereka. Tetapi oleh kerana agama yang dibawa itu daripada Tuhan, mereka berakhlak tinggi, mereka tawadhuk, tidak mengganggu orang bahkan orang hormat dan sayang pada mereka. Jadi apabila mereka mati, oleh kerana mereka menolong orang, menyelamatkan orang, berbuat baik, bertolak-ansur pada orang, maka nabi-nabi itu di 'Tuhan' kan orang. Jadi lahirlah agama baru seperti agama Budha, Hindu, dan lain-lain. Sebab itu Gautama Budha, mungkin seorang nabi. Tetapi selepas kematiannya, orang menjadikannya sebagai 'Tuhan' . Orang yang selepas kematiannya itu yang sesat. Sedangkan dia tidak sesat. Tags: Teknologi untuk berhubung dgn Tuhan |
User: CintaAgung |
Isu Jakim & Jeslina Hashim & Sisters In Islam jongkit Tags: jengkang |
User: CintaAgung |
Orang yg Kuat dan Besar Jiwa Pending Tags: pending |