| Solat Hajat untuk Kerajaan PAS Kelantan Kelantan, hadiah persaraan Tan Sri Rashid kepada BN? Mohd Rashidi Hassan Apakah Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung sekarang ini akan menyaksikan kejutan besar dengan kemenangan besar Barisan Nasional akibat penipuan yang dilakukan, hasil usahasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman? Untuk rekod, Parlimen beberapa bulan lepas baru sahaja meluluskan had persaraan umur kakitangan kerajaan termasuk badan yang dikuasai kerajaan, sekaligus BN menyambung khidmat Rashid di SPR. Sumber yang boleh dipercayai mendakwa, Rashid ada memberitahu rakan-rakan rapatnya di SPR bahawa beliau yakin kali ini BN akan menang dengan kelebihan tiga atau empat kerusi iaitu sekitar 26 kerusi dari keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Spekulasi ini dikuatkan dengan perancangan jahat BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberitahu juak-juaknya bahawa beliau akan 'membuat apa sahaja' untuk memastikan BN menguasai Kelantan. Usaha ini dilakukan dengan begitu agresif walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, semata-mata untuk menyelamatkan maruah bapa mertuanya yang semakin tercalar. Dengan angkuh dan bongkaknya juak-juak Khairy memberitahu wartawan dalam dan luar negeri bahawa kali ini mereka akan 'menawan' Kelantan. Hakikat sebenarnya, Khairy mahu membuktikan kepada penentangnya, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa di zaman Mahathir Kelantan terlepas, di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kelantan dikembalikan kepada BN. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12840&Itemid=28 http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3582/84/ Tags: Salam Pantai Timur |