| Terbilang ***Video lama nanti ada baru Perpaduan Dan Kasih Sayang Sudah Punah Alangkah sayunya hatiku Melihatkan bangsaku, kasih sayangnya telah musnah Perpaduan mereka sudah punah Politik telah pecah-belahkan umat Bahkan berlaku di kalangan keluarga dan sanak saudara tidak bertegur sapa Ada orang yang cuba menautkan semula kasih sayang yang sudah hilang Cuba mempersatukan semula perpaduan yang telah renggang, Caranya bertambah renggang, jauh api dari panggang, kasih sayang bertambah gersang Tukang usaha wibawanya tidak ada, caranya tidak kena Kerana itu hasilnya masih terlalu jauh daripada yang diharapkan Mereka ingin bersatu tapi membawa orang kepada faham politiknya Mana orang mahu Ada usaha malangnya hanya menggunakan akal semata-mata Tuhan tidak dibawa bersama Tuhan tidak diambil kira Seolah-olah Tuhan tidak ada peranan di dalam kehidupan ini Padahal anak kuncinya kasih sayang dan perpaduan adalah cintakan Tuhan Cintakan Tuhan berlakulah kasih sayang sesama manusia Tuhan datangkanlah penyelamat dengan segera Agar dia boleh mempersatukan semula bangsa dan manusia Semoga hidup berkasih sayang, bahagia, harmoni berbunga semula 5.4.2003 -- 3 Menjelang tidur Tags: Pendidikan rapat dengan rohaniah |